Wednesday, November 19, 2008

Tengah Bercuti Ba

Sudahlah sampai cutiku akhirnya.Nasibku amat baik sekali.Sudah empat tahun ku tak pulang ke kampung halaman.Akhirnya ku sudah berpeluang untuk pulang ke Siam untuk berehat.Sesudah sampainya  cuti ini,telah ku sedari betapa penatnya ku.Penatnya teramat sekali sehingga ku rasai betapa rindunya ku terhadap masa lampau.Entah ba apa yang ku akan buatkan semasa ku sampai di sana nanti.

Lima hari di sana akan ku gunakan sehabis-habisnya.Untuk apa ku penatkan diriku sehingga begini.Cuma ku yang tahu.Cuti sekolah terkini ini patut digunakan untuk berehat dengan secukupnya.Maklum ba lepas masuk tahun baru,cuti tidak akan seperti cuti kerana kita akan menghidapi penyakit.Penyakit apa itu orang akan bilang samaku.Ku akan menjawab penyakit peperiksaan la sayang!Semua budak-budak 6 Atas akan menghidapinya.Sepanjang itu,tidur dan makan pun tidak akan cukup masanya.

Sepanjang cuti ini telah ku rancangkan beberapa perkara untuk kecapi.Cuma kini perlu ku untuk melaksanakannya.Namun yang paling penting ialah untuk rehat secukupnya.Seperti yang ku katakan tadi,lepas ini semua akan menghidapi penyakit.Jadi relaks kita tengah bercuti ba!